Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kunjungan Hormat Perpustakaan Tun Abdul Razak ke Kolej Pengajian Kejuruteraan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bertempat di Bilik Mesyuarat As-Syafiee, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam, Shah Menara 2 UiTM Shah Alam,  telah berlangsung satu sesi Kunjungan Hormat dan Library Outreach bersama Penolong Naib Cancelor (PNC) dan ahli jemputan dari Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Program Kunjungan hormat ini adalah kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama, PTAR Kejuruteraan dan Kolej Pengajian Kejuruteraan  yang berlangsung pada 14 Mac 2023 (Selasa). Pihak PTAR dari Jabatan Sumber Rujukan Universiti terdiri daripada Puan Aznur Umiza Abu Kasim @ Abu Kassim, Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti, dan diiringi 5 orang Pustakawan Kanan iaitu Pn. Masnida Hanim Che Mahmood (Ketua Bahagian Sumber Bercetak), Cik Syaakirah Abdul Khalid (Pustakawan Kanan Bahagian Sumber Elektronik), Puan Nurul Farihah Sarmin Panut (Pustakawan Kanan Bahagian Sumber Elektronik), Puan Jaz Norfazuna Jaafar (Pustakawan Kanan Bahagian Sumber Bercetak), dan Puan Nik Zatihulwani Jamaludin (Pustakawan Kanan Bahagian Sumber Bercetak) serta turut diiringi Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan iaitu Puan Hani Liza Binti Norfin dan Pn. Rizana Mohd Radwan selaku Ketua PTAR Kejuruteraan merangkap Pegawai Perhubungan Perpustakaan

Kolej Pengajian Kejuruteraan pula diwakili oleh Prof. Dr. Hjh. Hamidah Mohd Saman Timbalan Naib Cancelor. Turut Bersama beliau adalah 7 wakil yang terdiri daripada Prof. Dr. Ayub Md. Som Dekan (Jaringan, Komuniti Dan Alumni), Dr. Siti Hamidah Abdul Rahman, Wakil Pengajian Pascasiswazah, Assoc. Prof. Ir. Dr. Hasmaini Mohamad (Ketua Program (Kejuruteraan Elektrik), Dr. Marianah Masrie (Pegawai Perhubungan Fakulti Kejuruteraan Elektrik , Dr Harumi Veny ( Pegawai Perhubungan Fakulti Kejuruteraan Kimia), Dr Ashaari Dan En Shuaibi Hj Zainal Abidin (HEP) dan En. AK Ashaari AK Yusof (Pendaftar)

Program yang berlangsung hampir 2 jam itu dimulakan dengan sesi pengenalan wakil PTAR dan seterusnya pengenalan ringkas tentang peranan dan fungsi Jabatan Sumber Rujukan Universiti Perpustakaan Tun Abdul Razak yang telah diberikan oleh Puan Aznur Umiza Abu Kassim.

Penyampaian maklumat dan perbincangan adalah berkaitan dengan beberapa perkara berbangkit antaranya berkaitan dengan perolehan dan pembelian bahan, penggunaan pangkalan data dalam talian, langganan eBooks dan penyerahan bahan harta intelek universiti Maklumat tentang perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan pula disampaikan oleh Puan Hani Liza Norfin.

Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi jambatan antara dua pihak dalam menjalinkan kerjasama dan hubungan yang baik di antara PTAR dan Kolej Pengajian Kejuruteraan. Semoga matlamat program untuk bekerjasama dan menetapkan hala tuju yang lebih jelas tercapai bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar ,pensyarah dan warga UiTM.