Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan sambil Belajar daripada SK Padang Jawa

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

6 Mei 2024 | 29 Zulkaedah 1445H

 

Seramai 10 orang  murid daripada Sekolah Kebangsaan Padang Jawa dan diiringi oleh 5 orang guru telah membuat lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi perpustakaan di dalam universiti bersempena Hari Pustakawan Malaysia. Di dalam lawatan ini juga, Encik Mohd Fitri Ruslan, Pembantu Pustakawan Tertinggi telah menerangkan kepada murid mengenai kerjaya sebagai seorang pustakawan dan tugas-tugas yang dilakukan oleh pustakawan.

PTAR Kejuruteraan juga telah berbesar hati memberikan sedikit cenderahati kepada murid SK Padang Jawa dan lima orang guru pengiring. Semoga program ini dapat membuka minda kepada murid-murid tersebut mengenai fungsi dan tugas sebagai seorang pustakawan.

 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •