Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Selamat Datang: Lawatan Penilaian Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Lawatan Penilaian Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

 

25 April 2024 | 16 Syawal 1445H

8.30 pagi - 10.00 pagi

Kolej Pengajian Kejuruteraan

 

Selamat datang diucapkan kepada panel-panel penilaian daripada Board of Engineering Malaysia ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan, UiTM Shah Alam.

Lawatan penilaian ini adalah untuk meneliti struktur keselamatan perpustakaan serta koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Pengajian Kejuruteraan. 

 

Lawatan ini disertai oleh Prof. Ir. Dr. Mohammed Alias Yusof selaku Ketua Panel, Assoc. Prof. Ir. Dr. Teo Wee dan Ir. Ts. Wong Chee Fui sebagai Panel Penilai dan Pemerhati Penilaian, Assoc. Prof Ir. Dr. Lim Jee Hock dan diiringi oleh Puan Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan PTAR Kejuruteraan serta kakitangan Kolej Pengajian Kejuruteraan. 

 

Semoga lawatan penilaian kali ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar-pelajar serta pensyarah dan kakitangan Kolej Pengajian Kejuruteraan.