Pada bulan Mei 2024, jumlah muat turun bahan dari UiTM Institutional Repository (UiTM IR) mencatatkan angka muat turun tertinggi sepanjang tahun ini. Peningkatan ini menunjukkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar, penyelidik, dan kakitangan akademik terhadap bahan-bahan ilmiah dan penyelidikan yang disediakan oleh UiTM IR.