Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan warga universiti dan komuniti luar untuk bersama-sama menyumbang kepada TABUNG SUMBANGAN DERMA TUNAI KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN SERENDAH RM1.00.
Tujuan utama tabung ini adalah bagi membiayai pembelian buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi kegunaan pengguna perpustakaan.
Sumbangan boleh dibuat menerusi 3 kaedah berikut:
-
PEMOTONGAN GAJI bagi staf UiTM.
-
GIVING@UiTM bagi staf UiTM dan komuniti luar.
Setiap sumbangan derma tunai ini layak untuk mendapat potongan cukai sebagaimana peruntukan di bawah SUBSEKSYEN 44(8) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 HADIAH UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN.
Ucapan TERIMA KASIH buat para penyumbang TABUNG SUMBANGAN DERMA TUNAI KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN SERENDAH RM1.00.