Pemakaian Pelitup Muka Pelanggan Perpustakaan UiTM
LUAR BANGUNAN PERPUSTAKAAN - DIGALAKKAN
Semua Pelanggan PTAR adalah DIGALAKKAN untuk memakai pelitup muka semasa menggunakan kemudahan Perpustakaan diluar bangunan seperti Ruang Baca dan Kawasan Pameran Terbuka atau semasa menyertai apa-apa program anjuran atau dianjurkan oleh Perpustakaan diluar bangunan Perpustakaan.
DALAM BANGUNAN PERPUSTAKAAN - AMAT DIGALAKKAN
Semua Pelanggan PTAR adalah AMAT DIGALAKKAN untuk memakai pelitup muka semasa berada di dalam bangunan perpustakaan atau Ketika menghadiri Program-program yang dianjurkan di dalam bangunan Perpustakaan.
DALAM BANGUNAN PERPUSTAKAAN - DIWAJIBKAN
Pelanggan Perpustakaan adalah DIWAJIBKAN untuk memakai pelitup muka semasa berada di dalam bangunan perpustakaan sekiranya : Bergejala Covid 19 seperti Demam, Selsema dan Batuk dan lain-lain gejala yang berkaitan.
(Pemilik Premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka : Sumber Kenyataan Media YBM Kesihatan 7 Sept 2022)