Segamat, 12 Februari 2025 โ Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah melaksanakan aktiviti penyusunan kotak arkib bagi fail peribadi pelajar pada 5, 6, 7 dan 12 Februari 2025. Program ini bertujuan memastikan penyimpanan dokumen lebih sistematik dan mematuhi kriteria Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), sekaligus memudahkan akses dan rujukan di masa hadapan.
Sebanyak 17,022 fail peribadi pelajar berjaya disusun berdasarkan tahun dan Fakulti/Program. Proses penyusunan ini melibatkan pengasingan, pelabelan, dan penyusunan fail di dalam kotak arkib yang ditetapkan. Inisiatif ini dijayakan oleh staf Unit Arkib PTDI, iaitu Puan Siti Rozana Mat Sanat, En. Nurul Amin Norudin, En. Mohd Azmi Samsuri, En. Muhammad Safwan Kamirul Ain, dan Cik Amira Suhadah Mazlan.
Menurut pihak Pustakawan Kanan (, aktiviti ini memberi impak positif dalam meningkatkan kecekapan pengurusan rekod dan memastikan fail-fail penting lebih teratur. Dengan sistem penyusunan yang lebih kemas, pencarian dokumen dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan usaha PTDI 2 untuk terus memperbaiki pengurusan dokumen dan rekod, sejajar dengan amalan terbaik yang disarankan oleh EKSA. Program ini juga membuktikan komitmen PTDI dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih tersusun dan produktif.
Hebahan media sosial : media sosial
ย